Make your own free website on Tripod.com

Logo Sekolah Kebangsaan Sungai Petani melambangkan hasrat dan objektif sekolah bagi melahirkan insan yang berwawasan dan berketerampilan.

Ia terdiri daripada 7 bahagian:

1. Simbol Sebuah Buku
   Melambangkan sumber utama yang membimbing dan memberi inspirasi kepada pelajar.

2. Roda Bergigi Lapan
   Melambangkan 8 agenda Wawasan Pendidikan selaras dengan Prinsip Pendidikan Negara.

3. Simbol Mata Pen
   Simbol mata pen pecahan tiga garisan melambangkan pelbagai usaha ke arah pencapaian asas pendidikan yang berasaskan 3M.

4. Simbol Obor
   Simbol obor yang menyala melambangkan semangat kesukanan dan setiakawan serta kesungguhan mendapatkan ilmu.

5. Simbol Komputer
   Simbol ini melambangkan pelbagai cabang ilmu pengatahuan di bidang pendidikan sains dan teknologi bagi melahirkan pelajar yang kreatif, inovatif dan imaginatif.

6. Simbol Separuh Bulatan
   Simbol separuh bulatan yang berwarna hijau dan bercogankata 'BERUSAHA BERJAYA' melambangkan pelbagai usaha ke arah pencapaian ilmu dan kejayaan dengan cemerlang dan berwawasan.

7. Bulatan Hitam dan Putih
   Bulatan hitam dan putih yang terletak di tengah-tengah RODA melambangkan kesucian jiwa pendidik bagi menerapkan nilai-nilai murni dan kecekalan pelajar menghadapi cabaran.

8.Warna

PUTIH:               Melambangkan kesucian.
MERAH:             Melambangkan kesungguhan pelajar dalam bidang kurikulum dan
                           ko-kurikulum tercapai dengan jayanya.
KUNING:           Melambangkan Pegangan Konsep Rukunegara.
HIJAU:               Melambangkan kepercayaan kepada tuhan, semangat perpaduan
                           dan semangat keceriaan dan penghijauan sekolah dalam taman.
HITAM:              Melambangkan Kecekalan menghadapi cabaran.

KE MENU