SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI PETANI

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Sungai Petani diasaskan oleh Kerajaan Negeri Kedah pada tahun 1932 dengan nama SEKOLAH PEREMPUAN SUNGAI PETANI.

Bangunan asal sekolah ini ialah sebuah rumah kepunyaan seorang kontraktor berbangsa Inggeris yang bernama Robe. Dengan penuntut perempuan 92 orang Darjah 1 hingga Darjah 4. Tenaga pengajar pula berjumlah 5 orang guru.

Bangunan tambahan (bilik Darjah 127B) dan Bilik Urusan Rumahtangga (bangunan 127C) di bina pada tahun 1952. Bangunan tambahan PWD 584 mengandungi 6 bilik darjah dibina pada tahun 1959 dan kantin sekolah pula pada tahun 1977.

Mulai 1 Januari 1975 Sekolah Kebangsaan Perempuan Sungai Petani, ditukarkan dengan nama kepada Sekolah Kebangsaan Sungai Petani dan dimulakan kemasukan murid lelaki permulaan Darjah 1.

Pada 1.1.1995 Sekolah Kebangsaan Sungai Petani diasingkan kepada dua sekolah iaitu SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI PETANI di bangunan B dan C, dan SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI PETANI 2 di bangunan A dengan kedudukan guru dan murid:

1) SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI PETANI 1      :   59 orang guru, dan 1495 orang murid.
2) SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI PETANI 2       :   25 orang guru, dan 824 orang murid.

Pada 1.9.1998 SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI PETANI 2 telah berpindah ke sekolah baru di Taman Ria, Sungai Petani dengan nama SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN RIA.
Kini SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI PETANI mempunyai murid seramai 1500 orang dengan bilangan kakitangan seramai 65 orang.

KE MENU